Tuesday, March 31, 2009

Satu Hari...


satu hari ni, aku banyak wat bende tak senonoh je...

1) aku bangun2 igtkan hari ni hari sabtu (padahal hari selasa baru), tido terlajak sampai pukol 9 pagi.

2) dah tekojot hari ni hari selasa, terus malas nak pergi kelas FAR jam 10. buat2 lupa, basuh baju dan sidai sampai pukol 11.

3) sedang buat2 lupa tu, tengok la cite EWAH EWAH kat TV 3. Sengal tapi boleh la isi kepala aku yang tengah benggong masa tu.

4) tengahari pergi la fakulti untuk menghadiri kelas pukol 2. dalam lif dapat mesej kelas OB petang batal... terus jerit... WOOOO... (pastu baru perasan aku dalam lif, merah je muka lepas tu)

5) balik kelas tido lagi sampai maghrib. malam bangun, bincang Bahasa Arab pastu Projek PSA, sampai la skang.

kenapa aku bengong = entah 

p/s = sekarang aku tengah suke giler lagu 'ENTAH' dari AFGHAN. nak tujukan pada seseorang tapi biarlah diri paham2 sendiri. 

Monday, March 30, 2009

My Life So Far...

emm... tangguh2, dah dua hari aku tak tulis dalam blog ni... maaf le kalau ade yang menunggu.. (macam ade la plak)...if as on my last post , last friday.. the day is so pathetic but my last 2 days had already make my world up side down.. seriously..... tapi selamat ada gak membe yang aku leh 'sandar' when I needed one most...tq Karam for being my truest buddy of all...

tapi aku nak selitkan jugak cite yang sepatutnya aku nak post on saturday but it seems so busy wif my 2 bloody test, my parent was coming n 'lepak'ing with my geng...FUHHH.. 

cite ni terjadi semasa aku on the way gi Sunway Pyramid, lepas aku abis test PSA. aku tengah dengar radio HOT.fm mase tu, n ade org kol radio and it was a chinese guy..

DJ : awak ni suka ye dengar radio HOT fm. terima kasih la...

SEPET : Ooo.. kawan saya banyak melayu. saya dah terbiase la (obviously sangat slang dia memang cina.)

DJ : baiklah. teruskanlah menyokong HOT fm. dengarkan permintaan lagu dari pendengar dari merlimau melaka.

SEPET : CINTA ADAM DAN HAWA dari MISHA OMAR.

aku dalam kete tersenyum lebar, tiba2 hati aku rasa sangat lega... 

kenapa aku senyum lebar = takda masalah kalau kita nak muhibah. masalah 'dalaman' melayu je yang buat aku dah cukup menyampah



Friday, March 27, 2009

You had Make My Day SOO Bright...

huh... hari yang sungguh 'pathetic' .. betol ke eje ni.. tak tahu la nape hari ini begitu gelap dalam hidup aku... The darkest day of my life, this far la kan... by the way ada berita yang buatkan aku cerah, walaupun mmg berita ni datang time tghari, tapi bukan pasal yang itu la... ;P

tgh aku msg ngan GENG aku, bincang pasal plan kite org nak gi tengok cerita 'Talentime' weekend ni...

aku : abis ko pun tak jadi gi la camni kan?

Geng : Kene pegi gak, KT jd pegi ahad ni.

aku :  oh, camtu ko takyah pegi pun takpe la.. wakakakkaka

Geng : oh, bagus la cam gitu. ko gi dua org je..

aku : giler ke ape, nak pulak KT gi ngan aku je...

yang ni part paling penting dalam cite ni......

Geng : Ko kene belanja aku makan

aku : apa kene mengena KT ngan belanja ko plak...gile ke ape ntah..

Geng : aku dapat Test FAR 28/40

Aku : wah.. dats a great news... U have my Whole Day!!! (sambil senyum lebar)

p/s* FAR tu subjek akaun kite org, SANGAT BENGONG...n my geng ni very hard to get a good mark in FAR, even to past it... tibe2 jadi among the highest gak....aku cakap ni hasil kalau kita tak mengalah dan terus berusaha.... PE'AH, aku bangga giler ngan ko.... ;p

kenapa aku suka sangat = aku fikir ada jugak manusia yg sayang diri mereka 

yg KT tu, aku cite kemudian je ye...hehehe



Thursday, March 26, 2009

Boleh ke Ek ?

hari ini aku tak sambung tajuk semalam tu, mungkin akan disambung balik kalau ada kesempatan yang sesuai... ;P

tapi hari ini aku nak kongsi satu benda lain yang aku baru sedari.....

aku malam tadi pergi makan dekat restoran seksyen tujuh. tak tahu nak order apa, aku order je nasi pattaya dengan nescafe ais.lepas tu, biasa la masa makan aku akan ketepikan suma bahan yang aku alergik ;P... walaupun sekecik mana pun bahan tu, aku mesti ketepikan. dah jadi macam tabiat pulak, walau dah beso tetap jugak taknak makan behan tu. tapi kan, aku pernah makan ngan membe2 abang aku. sorang membe abang aku ni bawak la awek die. sedang aku dalam usaha nak ketepikan bahan2 tu, awek kpd membe abg aku ni tetibe je di cakap,sampai sekarang aku ingat :

tak makan sayur.... comel nye

tapi hari ini bukan tu yang aku nak tulis tapi sebenarnya aku nak cakap yang aku cari sahabat dan membe, macam gak macam mana aku makan. aku akan makan bahan yang aku nak je. bahan yang akan buat aku berselera nak makan. bukan makan sekadar nak isikan perut kalau lapar. makan ia mempunyai kenikmatan yang tersendiri. macam tu la aku rase hidup aku skang ni. aku akan membe yang betul2 utk aku dan bukan sekadar untuk memenuhi kehidupan aku saja..

tapi,

korang rase aku ni patut ke buat macam tu, sebab ada orang kata aku ni belagak pulak, macam hebat sangat.. ape yang korang rase ek... boleh ke Ek?

Wednesday, March 25, 2009

5 Perkara Mengenai Fahim

Hari ini aku nak kongsi bende yang pertama yang korang patut tahu untuk fahami Fahim.

1) Mak
~ Nama mak aku Suriati binti Ali, mak lahir kat penang tapi banyak menetap di Kg. Pandan KL. orangnya sangat baik dan sangat peramah. kalo kat UTM Johor tu, sumer otai2 kat situ kenal ngan mak aku (org panggil mak aku Kak Ucu). Mak aku taklah ada pangkat besar tapi ramai giler org kenal mak. Aku belegar2 kat UTM tu mesti ade org repot kat mak aku. Mak sangat memahami apa yang kami sebagai anak mahu dalam kehidupan kiteorg. Mak tak pernah pun suruh kite org jadi apa yang mak nak, tapi mak selalu galakkan sahaja apa yang anak-anaknya mahukan. walaupun mak kadang2 tak paham pun apa yang kite org nak...

Apa yang mak selalu sembunyikan dari abah,
Mak ni sebenarnya seorang yang sangat berani dan tabah, dalam pergaulan mak selalunya lebih dari abah.( kalau ada benda yang perlu berhadapan dengan org, mak jugak yang kene buat ).. mak pernah cerita kat kiteorg dulu yang abah suruh mak yang pegi 'Bank In' duit sebab...tau2 la ek..hehehe

p/s: walaupun mak tak punya banyak harta, tetapi mak mesti pastikan anak-anak mak hidup dalam kesenangan (selagi mak masih hidup).... aku hanya nak bagi tahu satu dunia yang Aku Sangat Sayang pada MAK..

Tuesday, March 24, 2009

What makes me move

tgh bosan dengar lecture... dah la duduk kat belakang sekali...

tiba-tiba, membe aku dari depan toleh belakang

membe aku : fahamilah fahim...

aku : wah... macam mana leh tau ni...

membe aku : kan dah ade kat buletin FS

aku : (senyum sengal je la... ade jugak yang nak view blog ni walaupun baru bukak smalam)

p/s : terima kasih kepada yang telah bace page walaupun take apa2 lagi ;P


Monday, March 23, 2009

Untuk dimengerti

Jika ada jiwa yang celaru, itulah aku sekarang.
Jika ada jiwa yang tenang, itulah keingginan ku sekarang.
Jika ada jiwa yang membenci, itu yang cuba ku jauhi sekarang.
Jika ada jiwa yang bebas, biarlah aku begini sekarang.